Mengenai kami

Selamat datang dan terima kasih kerana berada di laman kami. Tech Card Marketing telah beroperasi sejak 2007 dan berdaftar dengan SSM (PG0192156-X). Kami banyak mefokus kepada reka, cetak dan membekal kad asas PVC. Material yang tahan lasak, kalis air dan tidak mudah pudar warna. Kami menggunakan teknik cetakan terus pada kad PVC dan kami tidak menggunakan material dari jenis laminate (2 layers) atau mempunyai chip atau jenis touch & go atau jenis magnetic strip.

Untuk tempahan kad PVC, kami tidak menetapkan had kuantiti. Sekiranya kecil kuantiti tempahan, kami tetap melayan dan uruskan tempahan anda. Namun begitu tempahan anda perlulah memenuhi kriteria tertentu.

Kami juga membekal aksesori kad seperti sarung kad, lanyard kosong dan bercetak. Sila lihat laman Produk ID Kad.

Kami juga ada membekalkan produk berikut dengan harga mampu order:

  • sticker asas atau sticker untuk produk frozen (label)
  • sticker pelbagai guna
  • kad nama spot UV (spot UV business card)
  • flyers pelbagai saiz

Sebagai syarikat kecil yang dilahirkan pada tahun 2007, berusaha kuat untuk memberikan yang terbaik dengan harga patut. Matlamat kami ialah berusaha gigih lagi untuk terus “terapung” dalam dunia perniagaan yang penuh persaingan. Dengan sokongan anda, kami berterima kasih kerana anda sudi berurusniaga dengan kami. Semoga Allah memberikan rahmatNya kepada kita semua.